KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE,MALACCA

Assalamualakaikum dan selamat berhujung minggu,,post saya pada kali ini ingin berkongsi tentang sebuah destinasi menarik bagi penggemar makanan.mahupun pelancong yang melancong ke bandar bersejarah,Melaka.Seperti yang kita sedia maklum,negeri Melaka sememangnya sinonim menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara.
Jadi setelah penat menjelajah sekitar Melaka,bolehlah singgah di Klebang Original Coconut Shake yang terletak di Jalan Klebang Besar,Melaka(bersebelahan stesen minyak Caltex)



Jadi,sekiranya anda semua ingin merasai kelazatan coconut shake ini,jangan risau tentang lokasinya kerana lokasinya yang terletak di jalan utama sememangnya memudahkan lagi para pelanggan untuk mencarinya.

Untuk pengetahuan anda semua,coconut shake yang dijual di sini sememangnya segar dan boleh didapati pada harga RM 1.50 bagi cawan biasa ditambah dengan 1 scoop aiskrim vanila dan RM 2.00 bagi 2 scoop aiskrim vanila.Dan untuk pengetahuan semua,bagi pelanggan yang ingin 'take away' ianya akan dikenakan cas sebanyak RM 0.20. Harganya turut berpatutan setanding dengan kelazatannya.


Sementara menunggu coconut shake dihidangkan,para pelanggan juga boleh menikmati juadah lain yang turut dijual disini.


 Jadi sekiranya anda ingin merasai sendri kenikmatan coconut shake ini,dinasihatkan untuk datang kerana seawal jam 10.00 pagi orang ramai sudah pun beratur menunggu giliran.



Comments

Popular Posts